Friday 6 January 2012



~~3~~ Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia ~~3~~

Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia. Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia. Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia. Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.

Tapi indahnya ukhwah itu tak cukup sekadar di mulut , tak terlestari sekadar pada baris-baris ayat sahaja dan dalam satu-satu hubungan itu pastinya ada ujian. Maka, timbullah episod-episod terasa hati, tak puas hati, bersedih hati, makan hati, makan dalam, sakit hati dan lain-laain, akan menjengah hidup kita dan pastinya semua ini mampu menggugat cinta yang dah terbina yang lahirnya semua dari hati..

Apa juga permasalahannya, semuanya dari hati.

Kita semua berbeza.

Maka berlapang dadalah. Jangan biarkan penyakit-penyakit hati meraja dalam diri. Sebab pasti, kita yang akan rugi..

Di mana letaknya ukhuwah kita?

Saya sering merefleksi diri, melihat di mana kedudukan kita. Saya akui mungkin masih jauh dari menikmati nikmatnya ukhuwah yang sebenar. Namun, perjalanan ini tidak akan terhenti di sini. Saya mahu ukhuwah kita bersemi hingga bila satu saat kita ditakdirkan terpisah jauh, saya tidak perlu gusar. Kerana hati-hati kami telah pun terikat padu.

Saya mengharapkan setiap dari kita sentiasa disuluh hidayah Illahi, sentiasa berada dalam biah soleh. Saya harapkan setiap dari kita sedia berjihad dan syahid. Saya mengharap dengan sangat agar kita menjadi tetangga di syurga nanti.

Moga Allah perkenankan...

"Tidak beriman seseorang diantaramu hingga kamu mencintainya seperti kamu mencintai dirimu sendiri" (HR. Bukhari-Muslim).


No comments:

Post a Comment