Waktu berlaku Istiwa A’zam di Malaysia:
1) 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
2) 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang
Kaedah untuk menentukan arah qiblat dengan tepat:
1) Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan mengikuti waktu piawai yang tepat. Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul.
2) Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen. Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
3) Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat.
4) Dan pastikan juga anda boleh melihat matahari dari kedudukan tempat objek lurus tersebut dipacakkan dan tidak terlindung.
5) Tunggu sehingga waktu yang disebutkan di atas.
6) Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
7) Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu.

9) Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
Mudah-mudahan perkongsian ini memberikan manfaat…InsyaAllah
No comments:
Post a Comment