Tuesday 31 May 2011

Permata Yang Dicari - Dehearty

Hadirnya tanpa ku sedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Illahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mnendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkan hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru ku temui
Tapi ku tak pasti rencana Illahi
Apakah dia kan ku miliki

Tidak sekali dinodai nafsu
Akan ku batasi dengan syariatMu
Jika dia bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuanMu

Ya Allah
Engkaulah tempatku bergantung harapanku
Ku harap diriku sentiasa di bawah rahmatMu...

Monday 30 May 2011

Impian Kasih ( khas untuk awak.. ) - InTeam

Kasih
Dengarlah hatiku berbicara
Kasih
Izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Illahi
Adakah bahagia yang diimpi
Menjadi suatu realiti

Kasih
Ku sedari ke kekurangan ini
Kasih
Ku insafi kelemahan diri
Ku ingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
kebanggan para suami

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan syurga
Di dalam rumahtangga

Hanya itu yang ku inginkan
Dari insan yang amat ku sayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu

Andainya tiada jodoh
untuk ke singgahsana
Ku pasrah kan segalanya
Kerna takdir
Yang akan menentukan
Impian Kasih

Menanti di Alam Barzakh - Far East

Ku merintih, aku menangis
Ku meratap, aku mengharap
Ku meminta dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan rohku
Melengkapi sebuah kembara
Singgah di rahim bonda
Sebelum menjejak ke dunia
Menanti di Barzakh
Sebelum berangkat ke Mahsyar
Diperhitung amalan
Penentu Syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah
Semerah mawar dan juga rindu
Tujuh langkah pun baru berlalu
Seusai talkin bernada syahdu

Tenang dan damai di pusaraku
Nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian
Seakan ku dengari
Tangis mereka yang ku tinggalkan
Kehidupan disini bukan suatu khayalan
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali roh kembali
Kembalilah kedalam diri
Sendirian sendiri
Sendiri bertemankan sepi
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku
Terbujur dan kaku
Jasad di dalam keranda kayu

Ajal yang datang di muka pintu
Tiada siapa yang memberi tahu
Tiada siapa pun dapat hindari
Tiada siapa yang terkecuali
Lemah jemari nafas terhenti
Tidak tergambar sakitnya mati
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

Jantung berdegup kencang
Menantikan malaikat datang
Menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan,
Selama ini diceritakan
Kini aku merasakan
Di alam Barzakh jasad dikebumikan

Ku merintih, aku menangis
Ku meratap, aku mengharap
Ku meminta dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Layar Keinsafan - Mestica

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
kapal dan layar terkapar

Mengapa hentikan senja
Baru kan terdetik pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan,
Layarkan ku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan

Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dinihari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar

Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku
Moga dikurniakan manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora
Untukku berlayar...

Sunday 29 May 2011

Nasihat Kubur... (O.o)

Nasihat si kubur...
Aku adalah tempat yang paling gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJJUD
Aku adalah tempat yang paling sempit maka luaskanlah aku dengan SILATURRAHIM
Aku adalah tempat yang paling sunyi maka riuhkan aku dengan perbanyakkan membaca AL-QURAN
Aku adalah tempat bagi binatang2 yang menjijikkan maka racunilah ia dengan AMAL SEDEKAH
Dan aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanyakan soalan maka persiapkanlah jawapanmu...

Selamat beramal... (^-^)

Saturday 28 May 2011

2 perkara.. ^^

Ada 2 perkara yang jika anda amalkan, anda akan mendapat KEBAIKAN di DUNIA dan juga di AKHIRAT iaitu;

1) Anda menerima sesuatu yang anda tak suka tetapi disukai Allah.

2) Dan anda membenci sesuatu yang anda sukai, juga dibenci oleh Allah

Jazakallah.. ^-^

Siapa dia..????

Dialah...
Peneman ketika dalam kesunyian
Penghibur ketika dalam kedukaan
Penolong ketika dalam kesusahan
Penenang ketika dalam stress
Pengingat tika kita kelupaan
Siapa dia..??
Dialah zikrullah... :)

Amaran!!

Sesiapa yang menuntut ilmu ( agama ) semata2 untuk menyaingi ulama', berbahas dengan orang jahil atau menjadi tumpuan orang, maka Allah akan masukkannya ke dalam NERAKA...

Sadaqarasulullah SAW..

Selamat beramal (^^)

Peiharalah...

Peliharalah akhlakmu kerana ia adalah kehidupanmu
Peliharalah agamamu kerana ia adalah nyawamu
Peliharalah budi pekertimu kerana ia adalah lukisan hidupmu
Peliharalah amalanmu kerana ia adalah pakaian ukhrawimu
Peliharalah lisanmu kerana ia adalah hatimu

Pelajarilah Ayat Dari Kitab Allah ^^

Barangsiapa yg mempelajari satu ayat dari dari Kitab Allah, maka adalah lebih baik daripada menunaikan solat 100 rakaat nafil. Dan barangsiapa yang mempelajari satu bab dari Kitab Allah, maka adalah lebih baik dari menunaikan solat 100 rakaat nafil..
Sadaqarasulullah SAW..

ganjaran amalkan sunnah

Barangsiapa yg menghidupkan satu sunnah Nabi SAW, Allah akan berikan dia ganjaran pahala mati syahid,
Sadaqarasulullah SAW..

Friday 27 May 2011

Rahmat Allah.. ^^

Assalamualaikum.. pe habaq korang suma?? sihat dok??
Ana rasa hari ni memang rahmat sgt la. Rezeki Allah turun mencurah2 bha. Nak taw pasai pa. Ni ana nak crita sikit.

Hari ni ( Jumaat ), mmg dri pagi lagi ana xmakan2 langsung, bangun subuh kul 4.30, then dah hbis solat jemaah kt masjid, blik umah buat aktiviti sndiri. Smpai solat Jumaat, xmakan2 lg. Smpai asar pun xmakan2 lg. Pasai pa ana xmakan2 ni? Sbb ana xlapar langsung. Huhuhuhu

Tapi smpai time mghrib, tgah solat ni, tiba2 perut plak buat orkestra. Lagu apa pun ntah la. Lagu raya kut.. Mulalah dlm fikiran terbayangkan nasi, makanan, ayam.. pergh!!

Ingat pas Isyak ni, nak cepat2 blik umah, makan. Biarlah terlepas mendengar taklim ( Ni kompom hasutan syaitan ni. Ya Allah.. selamatkan ana dari hasutan syaitan yg drejam! )

Tapi, Allah Maha Kuasa, Maha Pengasih, Maha Pemurah, Maha Pemberi Rezeki, lepas habis solat Isyak berjemaah, tiba2 hati tergerak nak juga dengar taklim jap. So, dengar taklim la cam biasa. Pas habis taklim, solat ba'diyah apa suma, tup2 ade plak hidangan mee goreng dalam talam kat luar masjid. Mgkin sedekah seorg hamba Allah kut. So, perutpun td berorkestra then bertukar jd kecorong ( keroncong :P ), apa lg, serang!!

Erk, alhamdulillah, makan sebelum kenyang deehhh ^^
Tapi, bila smapai umah jak, mak aih, ade lgi mee goreng, banyak plak tuh!

So, kesimpulannya is, yakinlah bahawa Allah sentiasa mmberi rahmat n rezeki buat hamba2Nya. RahmatNya sentiasa hadir, hadir n hadir walaupun tanpa kita sedari. Tapi ingat, solat didahulukan, ibadah diutamakan!

Jazakallah ^^

amalan yang paling mulia..^^


Hazrat Abu Darda RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bertanya pada para sahabat RA, " Mahukah aku khabarkan kepada kamu semua mengenai amalan kamu yang paling baik dan yang paling suci di sisi Allah SWT dan yang meninggikan darjat kamu dan yang lebih baik daripd menghadapi musuh di tengah2 medan jihad, kamu penggal kepala mereka atau mereka memenggal kepala kamu? "

Para sahabat RA berkata, " Bahkan ya Rasulullah "

Baginda SAW bersabda, " Zikrullah. "

( Hadis riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan lain2 )

basahkan lidahmu dengan zikrullah..^^

Diriwayatkan drpada Hazrat Abdullah Bin Bushr RA bahawa sesungguhnya seorang lelaki bertanya,

" Ya Rasulullah, pengetahuan hukum2 syariah Islam telah banyak bagiku, beritahulah kepadaku sesuatu yg dapat aku amalkan secara berterusan sepanjang hidupku."

Baginda SAW bersabda," Hendaklah lidahmu sentiasa basah dengan zikrullah."

( Hadis riwayat Ibnu Syaibah, Ahmad dan lain2 )

antara sibuk dengan mengingati Allah dan sibuk dengan al-Quran..??

Diriwayatkan dr Hazrat Abu Said bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, " Allah SWT berfirman;

"Jika sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingatiKu dan berdoa kepadaKu kerana sibuk dengan al-Quran, maka Aku akan mengurniakan kepadanya perkara terbaik yang Aku kurniakan kepada orang yang berdoa padaKu. Ketinggian perkataan Allah ke atas segala perkataan adlah seumpama ketinggian Allah ke atas segala makhluk ciptaanNya. "

( Hadis riwayat Tirmizi, Darimi dan Baihaqi )

Sebaik2 manusia..^^

Diriwayatkan daripda Hazrat Uthman RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, " Yang terbaik antara kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya. "

( Hadis riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah )

solat ibarat sungai.. :)

Diriwayatkan dr Hazrat Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW pernah besabda, " Jika sebatang anak sungai mengalir di hadapan pintu rumah salah seorang drpd kamu dan dia mandi dalam sungai itu sebanyak 5 kali sehari, pada pendapat kamu masih adakah lg kotoran pada badannya?"

Para sahabat mnjawab, " Tidak akn tertinggal sedikitpun kekotoran. "

Rasulullah SAW bersbda, " Maka demikianlah juga solat 5 waktu, melalui solat Allah akan mengampunkan dosanya."

( Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim )

tunaikanlah solat dengan segera!

Hazrat Abu Zar RA berkata; " Suatu hari Rasulullah SAW keluar pada musim sejuk semasa daun2 gugur, lantas Baginda SAW memegang dahan dari sebatang pokok maka daun2 gugur dengan lebatnya dri dahan tersebut.

Baginda SAW bersabda, " Wahai Abu Zar "

Saya menyahut, " ya Rasulullah "

Kemudian Baginda SAW bersabda, " apabila seseorg itu bersolat untuk mendapatkan keredhaan Allah, maka dosanya gugur seperti daun2 ini gugur. "

( Hadis riwayat Imam Ahmad )

Percubaan yg ke2. haha..

Assalamualaikum.. salam ukhwah salam ummah salam hari Jumaat :).. Jumaat, penghulu, maulana segala hari, hari di mana dunia dicipta, juga hari di mana dunia dimusnahkan. Erm, alhamdulillah blog ana yg xseberapa ni dah ade peningkatan. Maju dan maju lg :). Tapi, ana nak mnx tlong la pada sapa2 yg pndai dalam reka2 blog ni, tlong ajar ana yg dhaif ni. Nak jga blog ana ni nampak cantik, baru senang nak tgok kn. haha :)  Ye lah, mlas nak hurai pnjang, buek ponat yo :P.. smpai bertemu lg, salam ukhwah fillah :)

Percubaan... :)

Huh, penat dowh nak buat blog ni.. berpeluh ana. Hahahaha Alhamdulillah dah separuh siap dah blog ni. Cuma perlu ada diubahsuai sikt. Bukan sikit, banyak. X banyak sgt la tp ada gak sikit tu. Eh, kejap sikit kejap banyak.. amende ni? haha. Tu jer la. Gnite :)