Thursday 1 March 2012

Tabarruj.. Apa tu????

Apa itu tabarruj???

Maksudnya,,perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat). Ini dibatasi dengan tanpa membuka bahagian-bahagian sulit (aurat) kerana Tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarang tanpa mengambil kira samada seseorang wanita itu menarik perhatian ataupun tidak.

Example,,, kamu pakai make-up, then pakai pulak perhiasan jari, lihat pulak tudung n baju seluarnya, perhiasan kat kaki ataupun fesyen yang menarik perhatian orang ramai event yang menutup aurat sekalipun seperti fesyen2 muslimah or busana muslimah.. (kononnya muslimah laa..)

Jika perhiasan anda menarik perhatian orang ramai, maka itulah TABARRUJ dan itu adalah DILARANG..

Jika seseorang wanita memakai sehelai tudung fesyen terkini atau pemakaian muslimah terkini seperti;;

=> SHAWL
=> Tudung Syria (Berbonggol unta kat belakang..)
=> Tudung Yuna, Ekin, Hana Tajima dan yg sewaktu dengannya
=> Pakaian yg muslimah tapi KETAT dan tudung PENDEK
=> Dan berwarna warni

Maka ia telah MENARIK PERHATIAN ORANG kerana KECANTIKAN perhiasan yang ada pada pemakaiannya dan juga tudungnya. Inilah TABARRUJ dan ia sama sekali DILARANG oleh AGAMA.. walaupun dia menutup auratnya...

Busana Muslimah @ Fesyen Muslimah.. (kononnya muslimah..)
KESALAHAN DARI SEGI KONSEP AURAT
1)Memakai pakaian yang menarik perhatian orang ramai (Tabarruj)
2)Baju dan seluar ketat (ketat pada bahagian lengan atau kaki atau pinggang atau mana2 la..!)
3)Tudung tidak LABUH

Cuba try tengok balik apa Allah kata dalam KitabNya..

"Hendaklah mereka menyekat pandangan (daripada memandang yang haram), memelihara kehormatan, janganlah mereka MEMPERLIHATKAN PERHIASAN TUBUH mereka kecuali yang zahir daripadanya, hendaklah mereka (perempuan) MELABUHKAN KAIN TUDUNG HINGGA MENUTUPI DADA-DADA MEREKA, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka." -Surah An-Nur ayat 30

And try tengok apa Rasulullah SAW bersabda;

"Wahai nabi-nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka MEMAKAI BAJU ( BAJU YANG LABUH DAN LONGGAR ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Dan sekarang lihat pada pemakaian anda...

Wahai wanita muslim, peliharalah kecantikanmu dan keindahanmu.

Ikutlah panduan dalam al-Quran n hadis. Jangan ikut telunjuk orang2 yang tidak berilmu dan orang2 yang tidak faham agama..


Inilah contoh fesyen muslimah yang TIDAK ikut panduan dalam al-Quran


Dan inilah yang betul2 mengikut panduan dalam al-Quran dan hadis serta tidak menarik perhatian orang (Tabarruj)

Selamat beramal... ^__^

Couple Islamic..???

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

Yang haram tetap haram. Boleh kah kita menghalalkan arak dunia dan meng'islamik'kan benda haram tu??? Sama juga kalau bercouple. Couple ni adalah haram jika tidak disalurkan dengan saluran yang betul. Niat tak pernah menghalalkan cara..

Ingat..!! Hanya setelah NIKAH, couple antara suami n isteri dibolehkan. ^_^
Cinta sebelum nikah??? TOTALLY HARAM..

Kenapa haram?? bukan kami berdua2an dalam gelap, bukan berpegang tangan. malah kami sntiasa beri tazkirah sesama kami dan saling ingat memperingati sesama kami. Apa yang salah??

Sebab kamu dah BERZINA.!

Allah pernah berfirman, jauhilah zina. Allah tak kata jangan berzina. nampak tak??

Ayat itu menegaskan bahawa zina ini merbahaya! Boleh mengakibatkan seseorang itu jauh dari ALlah..

Apa yang zinanya????

Dalam couple, mesti ada rasa saling rindu merindui. betul tak????

Itulah yang dinamakan ZINA HATI.. Kamu telah melakukan zina yang telah dilarang oleh Allah..!!

Bertaubatlah.. sesungguhnya Allah Maha Pengampun bagi hambaNya yg betul2 insaf.. ^__^