Sunday 10 July 2011

Taubat...

Hanya kepada Engkau kami sembah,
Dan hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan,
Sesungguhnya dosa-dosa kami ibarat debu-debu tanah,
Beruntunglah bagi siapa-siapa yang memohon keampunan.

Pintu taubat itu sentiasa terbuka,
Tidak pernah tertutup selagi nyawa masih dikandung badan,
Jangan habiskan usiamu dengan perbuatan sia-sia,
Nescaya selamat pada kemudian hari yang tiada lagi untungnya penyesalan.

Iman itu boleh bertambah dan berkurang,
Manusia itu sering alpa dan mudah terlanjur,
Sering melanggar tegahan dan pantang-larang,
Teruskan bertaubat selagi tubuhmu belum ditempatkan di dalam kubur.

Di manakah hamba-hamba-Ku yang memohon keampunan?
Akan Ku ampunkan segala dosa-dosa mereka seolah-olah mereka baru dilahirkan,
Hati kecilku berkata, "Adakah aku termasuk dalam golongan yang diberi keampunan?''
Yakinlah dengan janji Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengampun.

Tuhan,
Diri ini tidak layak ke syurga-Mu,
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka-Mu.

Aku takut kepada-Mu,
Ku mengharap jua pada-Mu,
Moga aku akan selamat dunia akhirat,
Ku terus berharap dan berharap, hanya pada-Mu.

Di kala ini.........~~~

Di kala ini,
Hati ku sebak,
Apabila mengenangkan,
Nasib bayi-bayi yang tidak berdosa,
Bayi yang masih belum mengenali,
Ceritera dunia yang sebenar.

Di kala ini,
Mataku mula bergenang,
Titisan-titisan mutiara,
Apabila terbaca mahupun terdengar,

Kisah bayi yang ditinggalkan,
Oleh manusia yang berhati keji.

Di kala ini,
Aku mula berfikir,
Manusia yang bagaimanakah?
Sanggup membuang darah daging sendiri,
Di merata-rata tempat,
Tanpa belas kasihan,
Hanya kerana ingin menutup keaiban,
Sebuah kesilapan mengasyikkan dalam kehidupan.

Di kala ini,
Aku mula bermonolog,
Tidak adakah walaupun secebis perasaan,
Di hati suci seorang ibu,
Melihat wajah sayu si bayi,
Bayi yang pasti menceriakan hari,
Bayi yang membawa rezeki,
Di kehidupan muka nanti.

Di kala ini,
Aku mula merintih,
Supaya pengajaran diberi,
Kepada manusia-manusia keji,
Sanggup melakukan hal ini.

Di kala ini juga,
Aku mula memohon doa,
Supaya perkara seperti ini,
Tidak pernah dan tidak mungkin,
Berlaku di dalam kehidupan ku,
Mahupun keluarga ku ini.

Alhamdulillah...

Ya Allah..Alhamdulillah, aku seorang Muslim
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bernafas sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sihat sekarang

Ya Allah..Alhamdulillah, aku sempurna fizikal
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada rumah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada ibu dan bapa
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat makan
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat minum
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat pakaian
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada kerja
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bersekolah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup dalam keadaan aman
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat berhibur (cara yang terbatas)
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada sahabat
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat tidur dengan nyenyak
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat menikmati udara segar
Ya Allah..Alhamdulillah
Ya Allah..Alhamdulillah!

Fikirkan, ramai manusia yang mengakui dia Islam, tetapi, adakah dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam? Adakah hidupnya mengikut cara Islam? Solat 5 waktu? Puasa? Baca Al-Quran? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita sedang bernafas sekarang, adakah kita gunakan hayat kita dengan sebaiknya? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita sihat, tanpa penyakit buat masa sekarang, adakah kita gunakan masa sihat kita dengan sebaiknya? Dan adakah kita marah atau mengeluh dengan Allah jika kita ada penyakit? Ingat, penyakit merupakan tanda kasih Allah supaya kita ingat pada-Nya..SubhanAllah.. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita ada rumah, makanan, minuman,pakaian dan pelbagai nikmat dari segi harta.. adakah kita makan dan minum, kita mulakan dengan Bismillah? Adakah kita menutup aurat ketika berpakaian dan kerana Allah Ta'ala? Adakah kita berhias mengikut cara Islam? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita dapat berhibur (melalui cara terbatas), tetapi kadang-kadang kita terlupa, terlebih berhibur, lalai dan leka..

Fikirkan, kita hidup di Malaysia.. negara yang aman daripada peperangan (tidak termasuk perang politik). Kita dapat tidur dengan nyenyak, tiada bunyi bom, pistol dan segala jenis senjata. Tidak seperti di Iraq, Bosnia dan sebagainya. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Seperti dalam Surah Ar-Rahman..Allah menekankan ayat ini sebanyak 31 kali.

"Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman)

Kerana manusia itu mudah lupa, lalai dan leka dengan nikmat Allah yang terlalu banyak ini sehingga tidak terkira. Kadang-kadang kita lupa nak ucapkan:

"Terima kasih ya Allah! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya Allah!"

Kadang-kadang kita lupa nak berterima kasih kepada Allah dengan cara beribadah kepada-Nya..kita lupa...lalai..

Kadang-kadang kita terlalu banyak merungut, "Kenapa aku tak dapat yang ini? Kenapa Allah kasi aku yang ini?!"

Tetapi kita tidak sedar, kita tak tanamkan dalam diri bahawa Allah itu Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.. Kadang-kadang kita tidak sedar, Allah hanya meminjamkan kekayaan Dia kepada kita, tetapi kita? Dengan kekayaan itulah kita gunakan untuk menentang Tuhan Yang menciptakan alam ini.. Na'uzubillah..

Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita muhasabah diri masing-masing..

Love Islam :)

Kita sering mendengar kata2 I LOVE YOU.
Kita sering mendengar kata2 I MISS YOU.
Kita sering mendengar kata2 I X BOLEH HIDUP TANPA YOU.
Kita sering mendengar kata2 I RASA HIDUP I KOSONG TANPA YOU.
Namun, kata-kata itu lebih indah dan bermakna jika di ucapkan kepada
ALLAH SWT Yang Maha segala-galanya..I♥♥ISLAM
ε(✿◠‿◠)з

Gelap dan cahayanya....

Cinta dunia adalah kegelapan, takwa pelitanya. Dosa adalah kegelapan, taubat pelitanya. Kubur adalah kegelapan, syahadat pelitanya. Akhirat adalah kegelapan, amal sholeh pelitanya. Shirat adalah kegelapan, iman pelitanya..
(Abu Bakar As Shiddiq)

Azab... :'(

Satu helai rambut dilihat oleh seorang bukan mahram = Menjadi seekor ular yang mematuk kepala kita

2 helai + 3 orang = 2x3 = 6 patukan
10 helai + 7 orang = 10x7 = 70 patukan
1000 helai + 70 orang = 1000x70 = 70000 patukan
...semua helaian rambut + semua lelaki bukan mahram = ??? patukan

...jagalah auratmu ,kaum Hawa, sebelum terlambat. Berdoa supaya Allah S.W.T menjauhi kita daripada azab-Nya yang cukup dahsyat. Amin...

Tanya... :::::

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~​*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Tanya sama iman apa sebab goyang? Nanti jawab iman, ujian yang goncang..
Tanya sama ujian apa sebab goncang? Nanti jawab ujian tanyalah akal..
Akal nanti kata aku kandung ilmu, sampai tempat perlu, aku pun seru..
Tengok dalam hati nampak tempat gelap
Campak nur hidayah, gelap pun hilang...

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*​~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Mukmin.. ^^

"Orang mukmin yang sempurna imannya adalah yang paling baik budi pekertinya dan lemah lembut dengan keluarganya,dan sebaik-baik kamu ialah yang baik kepada isterinya" (Hadis Riwayat At-Tizmizi)

Riak.............

"Tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya terdapat RIAK walau hanya sebesar zarah" (Hadis Riwayat Muslim)