Tuesday 12 June 2012

Mari kita perhebatkan lagi kualiti kehidupan kita as a MOSLEM !

Jadikan kehidupan Islam sebagai kehidupan seharian kita.

Seringkali kita terlupa, doa masuk keluar tandas. Kadang2, kita main redah jak kan masuk tandas.

Apa pentingnya berdoa utk masuk keluar tandas??

=>Tandas tempat syaitan.
=>Syaitan sentiasa bersama manusia.
=>Allah adalah tempat berlindung, maka doa tersebut memohon kepada Allah dari gangguan syaitan.

So, kepada yang belum atau terlupa nak amalkan doa ni, segerakan mengamalkannya ok. Tidak ada alasan utk tidak mengamalkannya. Amal dan istiqamah. InsyaAllah ^_^ :::

Doanya:::



Teknik mencari Kiblat guna MATAHARI

Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A’zam.Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunat. Jadi umat Islam mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Kaabah.Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH SWT tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Kaabah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).

Waktu berlaku Istiwa A’zam di Malaysia:

1) 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan

2) 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang

Kaedah untuk menentukan arah qiblat dengan tepat:

1) Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan mengikuti waktu piawai yang tepat. Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul.

2) Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen. Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.

3) Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat.

4) Dan pastikan juga anda boleh melihat matahari dari kedudukan tempat objek lurus tersebut dipacakkan dan tidak terlindung.

5) Tunggu sehingga waktu yang disebutkan di atas.

6) Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.

7) Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu.



9) Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
Mudah-mudahan perkongsian ini memberikan manfaat…InsyaAllah

Thursday 1 March 2012

Tabarruj.. Apa tu????

Apa itu tabarruj???

Maksudnya,,perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat). Ini dibatasi dengan tanpa membuka bahagian-bahagian sulit (aurat) kerana Tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarang tanpa mengambil kira samada seseorang wanita itu menarik perhatian ataupun tidak.

Example,,, kamu pakai make-up, then pakai pulak perhiasan jari, lihat pulak tudung n baju seluarnya, perhiasan kat kaki ataupun fesyen yang menarik perhatian orang ramai event yang menutup aurat sekalipun seperti fesyen2 muslimah or busana muslimah.. (kononnya muslimah laa..)

Jika perhiasan anda menarik perhatian orang ramai, maka itulah TABARRUJ dan itu adalah DILARANG..

Jika seseorang wanita memakai sehelai tudung fesyen terkini atau pemakaian muslimah terkini seperti;;

=> SHAWL
=> Tudung Syria (Berbonggol unta kat belakang..)
=> Tudung Yuna, Ekin, Hana Tajima dan yg sewaktu dengannya
=> Pakaian yg muslimah tapi KETAT dan tudung PENDEK
=> Dan berwarna warni

Maka ia telah MENARIK PERHATIAN ORANG kerana KECANTIKAN perhiasan yang ada pada pemakaiannya dan juga tudungnya. Inilah TABARRUJ dan ia sama sekali DILARANG oleh AGAMA.. walaupun dia menutup auratnya...

Busana Muslimah @ Fesyen Muslimah.. (kononnya muslimah..)
KESALAHAN DARI SEGI KONSEP AURAT
1)Memakai pakaian yang menarik perhatian orang ramai (Tabarruj)
2)Baju dan seluar ketat (ketat pada bahagian lengan atau kaki atau pinggang atau mana2 la..!)
3)Tudung tidak LABUH

Cuba try tengok balik apa Allah kata dalam KitabNya..

"Hendaklah mereka menyekat pandangan (daripada memandang yang haram), memelihara kehormatan, janganlah mereka MEMPERLIHATKAN PERHIASAN TUBUH mereka kecuali yang zahir daripadanya, hendaklah mereka (perempuan) MELABUHKAN KAIN TUDUNG HINGGA MENUTUPI DADA-DADA MEREKA, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka." -Surah An-Nur ayat 30

And try tengok apa Rasulullah SAW bersabda;

"Wahai nabi-nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka MEMAKAI BAJU ( BAJU YANG LABUH DAN LONGGAR ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Dan sekarang lihat pada pemakaian anda...

Wahai wanita muslim, peliharalah kecantikanmu dan keindahanmu.

Ikutlah panduan dalam al-Quran n hadis. Jangan ikut telunjuk orang2 yang tidak berilmu dan orang2 yang tidak faham agama..


Inilah contoh fesyen muslimah yang TIDAK ikut panduan dalam al-Quran


Dan inilah yang betul2 mengikut panduan dalam al-Quran dan hadis serta tidak menarik perhatian orang (Tabarruj)

Selamat beramal... ^__^

Couple Islamic..???

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

Yang haram tetap haram. Boleh kah kita menghalalkan arak dunia dan meng'islamik'kan benda haram tu??? Sama juga kalau bercouple. Couple ni adalah haram jika tidak disalurkan dengan saluran yang betul. Niat tak pernah menghalalkan cara..

Ingat..!! Hanya setelah NIKAH, couple antara suami n isteri dibolehkan. ^_^
Cinta sebelum nikah??? TOTALLY HARAM..

Kenapa haram?? bukan kami berdua2an dalam gelap, bukan berpegang tangan. malah kami sntiasa beri tazkirah sesama kami dan saling ingat memperingati sesama kami. Apa yang salah??

Sebab kamu dah BERZINA.!

Allah pernah berfirman, jauhilah zina. Allah tak kata jangan berzina. nampak tak??

Ayat itu menegaskan bahawa zina ini merbahaya! Boleh mengakibatkan seseorang itu jauh dari ALlah..

Apa yang zinanya????

Dalam couple, mesti ada rasa saling rindu merindui. betul tak????

Itulah yang dinamakan ZINA HATI.. Kamu telah melakukan zina yang telah dilarang oleh Allah..!!

Bertaubatlah.. sesungguhnya Allah Maha Pengampun bagi hambaNya yg betul2 insaf.. ^__^

Friday 6 January 2012



~~3~~ Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia ~~3~~

Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia. Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia. Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia. Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.

Tapi indahnya ukhwah itu tak cukup sekadar di mulut , tak terlestari sekadar pada baris-baris ayat sahaja dan dalam satu-satu hubungan itu pastinya ada ujian. Maka, timbullah episod-episod terasa hati, tak puas hati, bersedih hati, makan hati, makan dalam, sakit hati dan lain-laain, akan menjengah hidup kita dan pastinya semua ini mampu menggugat cinta yang dah terbina yang lahirnya semua dari hati..

Apa juga permasalahannya, semuanya dari hati.

Kita semua berbeza.

Maka berlapang dadalah. Jangan biarkan penyakit-penyakit hati meraja dalam diri. Sebab pasti, kita yang akan rugi..

Di mana letaknya ukhuwah kita?

Saya sering merefleksi diri, melihat di mana kedudukan kita. Saya akui mungkin masih jauh dari menikmati nikmatnya ukhuwah yang sebenar. Namun, perjalanan ini tidak akan terhenti di sini. Saya mahu ukhuwah kita bersemi hingga bila satu saat kita ditakdirkan terpisah jauh, saya tidak perlu gusar. Kerana hati-hati kami telah pun terikat padu.

Saya mengharapkan setiap dari kita sentiasa disuluh hidayah Illahi, sentiasa berada dalam biah soleh. Saya harapkan setiap dari kita sedia berjihad dan syahid. Saya mengharap dengan sangat agar kita menjadi tetangga di syurga nanti.

Moga Allah perkenankan...

"Tidak beriman seseorang diantaramu hingga kamu mencintainya seperti kamu mencintai dirimu sendiri" (HR. Bukhari-Muslim).


Rukun Usrah

Ramai yang mungkin memahami dan meletakkan perspektif bahawa usrah itu adalah sebuah liqa' (perjumpaan) mingguan yang di dalamnya ada pengisian-pengisian. Dengan perspektif itu, selalunya berlaku kepincangan di dalam diri mereka,

"Bukankah lebih baik kita pergi dengar ceramah-ceramah yang disampaikan oleh ustaz-ustaz?".

Di dalam kefahaman mereka, usrah tersebut umpama majlis-majlis ilmu tetapi dalam jumlah yang lebih sedikit jumlah pesertanya. Bahkan tidak lebih dari itu.

Apabila usrah dilihat seperti itu, maka ia tidak ubah seperti sebuah ceramah berskala kecil. Sesebuah usrah yang berfungsi seperti itu sahaja tidak mungkin mampu membina keperibadian muslim sehingga mereka menjadi rijal-rijal da'wah. Ia akan menjadi sebuah program yang gagal di dalam pendekatannya, tidak jelas di dalam matlamatnya, bahkan hanya merosakkan pandangan umum terhadap kalimah usrah.

Sesungguhnya, usrah adalah sebuah nizam (SISTEM). Manakala liqa' (perjumpaan) mingguan hanyalah salah satu daripada programnya. Andaikata sistem ini lemah, nescaya akan lemahlah sesebuah gerakan Islam yang menjadikan tarbiyah sebagai asasnya. Dan sesungguhnya, kita adalah satu saff yang meyakini bahawa method revolusi Islam wajib menjadikan tarbiyah sebagai asas.

Imam As-Syahid Al-Banna berkata: "Berusahalah supaya anda menjadi sebahagian daripada batu-bata yang baik dalam binaan Islam ini".

Untuk memperkuatkan sistem ini, Hassan al-Banna telah menggariskan tiga rukun. Lalu beliau berpesan kepada golongan yang meyakini fikrah ini dengan pesanan:
"Jagalah rukun-rukun ini. Cubalah sedaya-upaya merealisasikannya supaya hubungan ini wujud bukan sekadar kerana satu arahan, sebaliknya ada ruh di sebalik pelaksanaannya".

Rukun-rukun usrah:

(1) Ta'aruf

"Ini adalah rukun pertama. Kenal-mengenalilah antara satu sama lain dan wujudkanlah suasana kasih-sayang sesama kamu dengan roh Allah. Hayatilah nilai persaudaraan yang sebenar dan ideal sesama kamu. Berusahalah sedaya-upaya supaya kamu tidak melakukan sesuatu yang boleh mengeruhkan hubungan kamu. Sentiasalah laksanakan ayat-ayat al-Qur'an dan hadith-hadith yang mulia. Sentiasalah merenungi ayat-ayat dan hadith-hadith berikut. Ingatlah firman Allah SWT:

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara"

(al-Hujurat, 49:10)

"Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada tali Allah (agama Islam)"

(Ali 'Imran, 3: 103)

Rasulullah SAW juga pernah bersabda:

"Seorang mu'min dengan seorang mu'min yang lain ibarat satu bangunan yang saling menguatkan antara satu sama lain."

(HR. Bukhari dan Muslim)

"Seorang muslim adalah saudara seorang muslim yang lain, tidaklah dia menzaliminya dan tidaklah juga dia membiarkannya."

(HR. Mutafaqqun 'alayh)

Kasih-sayang, belas kasihan dan simpati sesama orang-orang yang beriman ibarat satu tubuh.

(2) Tafahhum

Inilah rukun kedua dalam sistem ini. Istiqamahlah di atas jalan yang benar. Laksanakanlah segala perintah Allah dan jauhilah segala larangan Allah. Nilailah diri kamu sehalus-halusnya; adakah kamu orang-orang yang taat atau orang yang derhaka.

Setelah itu hendaklah kamu nasihatkan saudara kamu jika kamu melihat ada kelemahan padanya. Hendaklah saudara menerima nasihat daripada saudara kamu dengan gembira dan senang hati. Berterima-kasihlah kepadanya kerana nasihatnya itu. Janganlah saudara yang memberi nasihat itu berubah hati walaupun sebesar kuman sekalipun terhadap saudara yang dinasihati. Janganlah sehingga dia merasakan saudaranya itu lebih rendah daripadanya atau dia merasakan dia lebih baik daripada saudaranya itu.

Kedudukan kasih-sayang yang dijalin kerana Allah adalah kedudukan yang tertinggi, selain itu nasihat itu sendiri adalah rukun agama ini: 'Agama adalah nasihat'. Semoga Allah memperkukuhkan hubungan sesama kamu dan Allah berikan kamu kekuatan untuk mentaatiNya. Semoga Allah menjauhkan kita semua daripada angkara tipu daya syaitan.

(3) Takaful

Ini adalah rukun ketiga. Hendaklah kamu saling bantu-membantu, pikullah tanggungjawab bersama-sama. Inilah tanda keimanan dan teras persaudaraan. Hendaklah kamu berjanji untuk saling bertanya khabar dan membuat kebajikan. Hendaklah kamu sentiasa bersedia membantu saudara kamu setiap kali diperlukan. Hayatilah sabda RasuluLlah SAW:

Jika salah seorang di antara kamu berjalan kerana mahu menunaikan keperluan saudaranya itu, (ia) adalah lebih baik daripada dia beriktikaf selama sebulan di masjid saya ini.

Sesiapa yang membawa kegembiraan kepada sebuah keluarga muslim, Allah akan memperlihatkan kepadanya ganjaran yang tidak kurang daripada syurga.

Allah menyatukan hati kamu dengan ruhNya, Dia adalah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong."

(dan selebihnya ianya disebutkan di dalam Risalah Sistem Usrah, Hasan al-Banna)

Dalam proses untuk kita mencantikkan lagi sistem ini, setiap al-akh hendaklah sentiasa menyemak kewajipannya dalam aspek kerjasama. Penilaian perlu dibuat sejauhmana dia melaksanakan rukun-rukun ini. Kita ingin memperkuatkan saff kita, maka kita harus bermula dengan memperkuatkan usrah kita. Janganlah sekadar ianya menjadi satu rutin perjumpaan mingguan, umpama air yang tidak mengalir, lalu menjadi busuk dan membiakkan penyakit.

Ummah ini memerlukan kepada satu gerombolan pemuda, yang tinggi cita-citanya, yang kuat keazaman mereka, dan bersungguh-sungguh di dalam usaha mereka. Tetapi mereka perlu disusun dalam saff yang tersusun, dan diikat dengan ikatan yang kuat sesama mereka dan para syuyukh (orang-orang tua).

Kewujudan mereka membawa perubahan kepada dunia,
Sinar keimanan dari hati mereka menghancurkan kegelapan kejahilan,
Sehingga tidak terjadi lagi fitnah di muka bumi,
Dan ad-deen keseluruhannya adalah untuk Allah.

Saturday 10 December 2011

Ikhwan mendahului pilihanraya Mesir

Moga Umat Islam mula sedar dan BANGKIT untuk memperjuangkan yang HAQ !! ALLAHUAKHBAR !!

Ikhwan mendahului pilihanraya Mesir

Bungkus Aurat VS Tutup Aurat

Gambar yang menunjukkan situasi BUNGKUS AURAT, yg jelas BERTENTANGAN DGN SYARAK..!!


Ada beza antara BUNGKUS AURAT DENGAN TUTUP AURAT. Cuba anda BUNGKUS buah nangka, anda masih dpt mngenal pasti bentuk nangka tu camna, besar ka, kecik ka, walau dah dibungkus ngan kain atau plastik. Tapi klu anda TUTUP buah nangka, anda xkan dpt mengenal pasti bentuk nangka tersebut sbb dh dtutup ngan tudung saji atau apa2 yg menutupi. Cuba anda aplikasikan dengan konsep BUNGKUS AURAT DAN TUTUP AURAT. Mana yg betul dri segi syarak..?? Maka pilihlah TUTUP AURAT. fikir2kan... ^___^


Yng ni baru BETUL..!! ^___^

Ingatilah Allah... (^_^)(")

~~~~****~~~~~
Adakah kamu sedang marah..???
Ataupun tengah kecewa...???
Atau stress..??
Mungkin kamu sedang sedeyh..???

Jika kamu sedang alaminya ketika ini,,
Sedarlah, bahawa ALLAH sentiasa dekat dengan kamu =)
Allah sentiasa dengar keluhan, dan luahan kamu =)
Allah paham situation kamu =)

Maka bermohonlah pada Allah...
Munajat lah pada Allah... ^__^
Allah sentiasa mendengar... insyaAllah, Allah akan bantu kamu..
jangan risau =)
Dan ingatilah Allah selalu ^__^

"Siapa yang mengingati Allah ketika senang,,, Allah akan mengingatinya sewaktu ia susah..."

"Ketahuilah dengan mengingati Allah,,, jiwa akan menjadi tenang dan tenteram..."

(^___^)(")

Seksaan... :'(



Assalamualaikum..~~~
Mari muhasabah diri, mari jadikan diri kita takut pada azab Allah. Apa akan terjadi bila kita meninggalkan solat fardhu yang wajib ke atas kita?

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Barangsiapa yang memudahkan dan mensia-sia akan sembahyang lima waktu, nescaya akan diseksa oleh Allah SWT dengan lima belas siksa. Enam didalam dunia, tiga ketika hendak mati, tiga didalam kubur, dan tiga lagi semasa waktu bangun dari kubur menuju akhirat”

1. Enam siksaan semasa di dunia..

• Umur tidak diberkati, hidup panjang tetapi kosong dari amalan kebajikan
• Rezeki tidak diberkati
• Dipadamkan tanda mukanya dari orang-orang yang soleh
• Tiada mendapat bahagian dari doa orang-orang yang soleh
• Tiap-tiap amalannya tidak diterima oleh Allah
• Tidak diangkat doanya, doanya tidak dimakbulkan oleh Allah

2. Tiga siksaan semasa hendak mati..

• Mati dalam keadaan sangat hina, tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah
• Dimatikan oleh Allah dalam keadaan dahaga, walaupun diberi minum dengan
air laut, ia tidak dapat menghilangkan dahaganya
• Mati dalam keadaan yang sangat lapar

3. Tiga siksaan semasa di dalam kubur..

• Allah menyempitkan kuburnya sehingga berlaga tulang rusuk kanan dengan
tulang rusuk kiri
• Dibukakan salah satu pintu neraka di dalam kuburnya
• Allah mewakilkan seorang malaikat untuk menyiksanya sehingga hari kiamat
bersama seekor ular yang bernama Suju’al Akruk yang matanya dari neraka,
kukunya dari besi neraka, dan panjang kukunya sehari perjalanan, dan
suaranya seperti petir

4. Semasa hari kiamat..

• Turun seorang malaikat dari langit iaitu malaikat azab dengan rantai dari api
neraka yang panjang tujuh puluh hasta dengan menusukkan rantai tersebut
kedalam mulutnya hingga keluar rantai itu melalui duburnya dan menghela
sekali dibahagian muka dan belakangnya.

Sama-sama kita memperelokkan solat kita agar kita terlepas daripada siksa tersebut. Jika ada yang tinggal sebelum ini, gantilah solat tersebut selagi kita masih bernyawa. Selagi pintu taubat masih terbuka.(~_~)