Thursday 1 March 2012

Tabarruj.. Apa tu????

Apa itu tabarruj???

Maksudnya,,perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat). Ini dibatasi dengan tanpa membuka bahagian-bahagian sulit (aurat) kerana Tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarang tanpa mengambil kira samada seseorang wanita itu menarik perhatian ataupun tidak.

Example,,, kamu pakai make-up, then pakai pulak perhiasan jari, lihat pulak tudung n baju seluarnya, perhiasan kat kaki ataupun fesyen yang menarik perhatian orang ramai event yang menutup aurat sekalipun seperti fesyen2 muslimah or busana muslimah.. (kononnya muslimah laa..)

Jika perhiasan anda menarik perhatian orang ramai, maka itulah TABARRUJ dan itu adalah DILARANG..

Jika seseorang wanita memakai sehelai tudung fesyen terkini atau pemakaian muslimah terkini seperti;;

=> SHAWL
=> Tudung Syria (Berbonggol unta kat belakang..)
=> Tudung Yuna, Ekin, Hana Tajima dan yg sewaktu dengannya
=> Pakaian yg muslimah tapi KETAT dan tudung PENDEK
=> Dan berwarna warni

Maka ia telah MENARIK PERHATIAN ORANG kerana KECANTIKAN perhiasan yang ada pada pemakaiannya dan juga tudungnya. Inilah TABARRUJ dan ia sama sekali DILARANG oleh AGAMA.. walaupun dia menutup auratnya...

Busana Muslimah @ Fesyen Muslimah.. (kononnya muslimah..)
KESALAHAN DARI SEGI KONSEP AURAT
1)Memakai pakaian yang menarik perhatian orang ramai (Tabarruj)
2)Baju dan seluar ketat (ketat pada bahagian lengan atau kaki atau pinggang atau mana2 la..!)
3)Tudung tidak LABUH

Cuba try tengok balik apa Allah kata dalam KitabNya..

"Hendaklah mereka menyekat pandangan (daripada memandang yang haram), memelihara kehormatan, janganlah mereka MEMPERLIHATKAN PERHIASAN TUBUH mereka kecuali yang zahir daripadanya, hendaklah mereka (perempuan) MELABUHKAN KAIN TUDUNG HINGGA MENUTUPI DADA-DADA MEREKA, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka." -Surah An-Nur ayat 30

And try tengok apa Rasulullah SAW bersabda;

"Wahai nabi-nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka MEMAKAI BAJU ( BAJU YANG LABUH DAN LONGGAR ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Dan sekarang lihat pada pemakaian anda...

Wahai wanita muslim, peliharalah kecantikanmu dan keindahanmu.

Ikutlah panduan dalam al-Quran n hadis. Jangan ikut telunjuk orang2 yang tidak berilmu dan orang2 yang tidak faham agama..


Inilah contoh fesyen muslimah yang TIDAK ikut panduan dalam al-Quran


Dan inilah yang betul2 mengikut panduan dalam al-Quran dan hadis serta tidak menarik perhatian orang (Tabarruj)

Selamat beramal... ^__^

No comments:

Post a Comment