Showing posts with label Kelebihan Zikir ^^. Show all posts
Showing posts with label Kelebihan Zikir ^^. Show all posts

Friday, 27 May 2011

amalan yang paling mulia..^^


Hazrat Abu Darda RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bertanya pada para sahabat RA, " Mahukah aku khabarkan kepada kamu semua mengenai amalan kamu yang paling baik dan yang paling suci di sisi Allah SWT dan yang meninggikan darjat kamu dan yang lebih baik daripd menghadapi musuh di tengah2 medan jihad, kamu penggal kepala mereka atau mereka memenggal kepala kamu? "

Para sahabat RA berkata, " Bahkan ya Rasulullah "

Baginda SAW bersabda, " Zikrullah. "

( Hadis riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan lain2 )

basahkan lidahmu dengan zikrullah..^^

Diriwayatkan drpada Hazrat Abdullah Bin Bushr RA bahawa sesungguhnya seorang lelaki bertanya,

" Ya Rasulullah, pengetahuan hukum2 syariah Islam telah banyak bagiku, beritahulah kepadaku sesuatu yg dapat aku amalkan secara berterusan sepanjang hidupku."

Baginda SAW bersabda," Hendaklah lidahmu sentiasa basah dengan zikrullah."

( Hadis riwayat Ibnu Syaibah, Ahmad dan lain2 )