Tuesday 7 June 2011

Syukur.. ^^

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, kita kna banyak bersyukur pada Allah SWT, kita kena bersyukur lagi dan lagi. Sebab apa? Sebab, Allah dah bgi kita banyak nikmat, Allah bgi kita rezeki, tempat teduh, kehidupan senang. Allah bgi kita nikmat tangan, nikmat kaki, nikmat mata, nikmat mulut, nikmat udara dan macam2 lagi nikmat yg Allah bg. Lau kita senaraikan semua nikmat yg Allah bg, kompem kita tak dapat senaraikan kesemua nikmat Allah ni. Walau kita guna seluas lautan ini sbg dakwat utk kita tulis kesemua senarai nikmat2 Allah, tak boleh jga, tak cukup geng! Pendek kata, bgitu banyak yg Allah bgi kt kita kn.

Bersyukurlah jika anda guna kereta kerana ada kawan anda yg guna motor.

Bersyukurlah jika anda guna motor kerana ada kawan anda yg hanya berjalan kaki.

Bersyukurlah jika anda masih dapat berjalan kaki kerana ada kawan anda yg patah kaki sebelah dan susah nak berjalan.

Bersyukurlah jika anda patah kaki sebelah kerana ada kawan anda yg lumpuh kedua2 kakinya, langsung tak boleh bergerak dah.

Bersyukurlah jika kaki anda lumpuh kedua2nya kerana ada kawan anda yg lumpuh satu badan, juga langsung tak boleh menggerak2kan badannya namun masih mampu untuk bersuara.

Bersyukurlah jika anda hanya lumpuh satu badan kerana ada kawan anda yg lumpuh satu badan dan tak boleh bersuara, yakni koma namun masih bernyawa.

Bersyukurlah jika anda hanya koma kerana ada kawan anda yg dah tak ada nyawa dan kini dia tinggal di dalam kubur..

Begitulah hidup kita, kita kenalah sentiasa bersyukur. Bak kata Hamka, yg ada pada kita skrg ni pun dah harapan kita. Bukan salah untuk kita mengharapkan yg belum ada, tapi jangan lupa apa yg telah ada ^^

Bersyukurlah!! ^^

2 comments:

  1. alhamdulillah, still hidup n dpt comment ^^, bermanfaat blog nta, insyaAllah. sekadar teguran drpd ana,

    - gunakn warna yg biasa-biasa dn tak menyilaukn
    - tak prlu letak widget2 yg tak penting. klau nk letak pun, pastikn size dia sesuai dgn size sidebar.

    sekadar teguran. maaf andai ada prkataan yg buat nta trsinggung. jemput ke blog ana ~ ^^,

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah.. syukran sgt2 sbb tegur ^^
    ana pun masih blum fasih g sal blog2 ni. huhu

    ReplyDelete